Saturday, 4 March 2017

Pesta Buku Utara 2017



Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini UUM melaksanakan sekali lagi Pesta Buku Utara 2017 bertempat di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Berlangsung dari 26 Februari hingga 4 Mac 2017 dengan tema 'Cintai Buku, Kuasai Ilmu'. Terdapat banyak juga aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan bercerita kanak-kanak, sayembara puisi dan lagu serta ceramah motivasi.  

Mungkin disebabkan oleh capaian Wifi yang laju di seluruh kampus dan telefon bimbit yang semakin canggih menyebabkan buku bukan lagi digunakan sebagai bahan utama mahasiswa untuk mencari maklumat. Ditambah pula kali ini, apabila mahasiswa tidak lagi diberikan baucer buku mengakibatkan sambutan agak kurang meriah. 




Walaupun begitu, para penerbit buku masih setia menjual buku terbitan masing-masing. Pelbagai genre buku ada dijual seperti buku agama, novel, buku kraf dan resepi. Namun, buku ilmiah adalah yang paling banyak dijual walaupun sambutannya adalah sedikit sekali. Diharap, para penerbit buku kekal gigih untuk menerbitkan lebih banyak buku yang bermanfaat dan meninggikan nilai ilmu dan pengetahuan.